Blog

IMG_20180201_111709

Taklimat Perunding / Wakil

IMG_20180201_111709

Telah berlangsung majlis taklimat perunding / wakil Alfikrah Group pada khamis ( 1 febuari 2018 )di Masjid Muhammadi Kota Bharu Kelantan.Walaupun  hebahan program dibuat dalam masa tiga hari dan dibuat pada hari bekerja namun penyertaan amat menggalakkan.

Taklimat ini ialah yang pertama dilaksanakan bagi memberi pendedahan berkenaan dengan Barnamij Alharamain Assyarifain dan juga memberi pencerahan berkenaan peluang – peluang yang terbuka kepada perunding.Segmen terbaru ke Tanah Suci ini akan memberikan banyak faedah kepada pelbagai pihak.

Alfikrah mengucapkan ribuan terima kasih kepada Imam Tua Masjid Muhammadi Kota Bharu Kelantan kerana telah memberikan kerjasama erat , peserta yang hadir dan semua yang terlibat menjayakan  serta menghebahkan program ini.

Alfikrah akan mengadakan lebih banyak lagi siri – siri taklimat dengan kerjasama pelbagai pihak yang terdiri dari perunding – perunding Alfikrah ,Masjid ,para Asatizah halaqah alQuran dan lain – lain bagi meluaskan lagi pengetahuan orang ramai tentang program yang dilaksana di Masjidil Haram.

IMG_20180201_122613IMG_20180201_122524IMG_20180201_121019IMG_20180201_131850

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*Perkongsian*Ilmu *Kerjasama *Ukhwah *Keyakinan *Kepelbagaian (kreatif) *Dinamik