Blog

sijil peserta halaqah

Sijil Halaqah Al Quran Masjidil Haram

 Halaqah Al Quran Masjidil Haram

Program Halaqah Al Quran Masjidil Haram telah dijalankan sejak 2013.Program pendidikan Al Quran yang diwujudkan khas oleh Masjidil Haram untuk memberikan khidmat kepada pengunjung bagi memperbaiki bacaan AlQuran.Dalam tempoh berada di Makkah dapat memanfaatkan masa dengan program Al Quran.

Masjidil Haram menyediakan para Sheikh dan Sheikhah yang mahir dalam bidang AlQuran.Kita dapat memperbaiki bacaan dari aspek sebutan huruf,tajwid  dan fasahah.

Dengan penyelarasan yang baik ,Alfikrah telah menyusun program supaya lebih teratur dan peserta dapat mengikuti program dengan tanpa ada rasa segan dan malu. Format yang telah disusun supaya peserta akan mendapat kesan impak yang lebih maksima berbanding dengan masuk tanpa penyelerasan( walk in).Alfikrah akan mendaftarkan nama peserta ke pihak Masjidil Haram untuk dikeluarkan Sijil Rasmi serta tag rasmi penyertaan.

Apa yang menariknya peserta juga dapat melaksanakan umrah yang telah dimasukkan dalam jadual program selama 12 hari atau 27 hari.Bukan sekadar dapat melaksanakan umrah dapat pula belajar alQuran.Amatlah berbaloi.

hadits-tentang-menuntut-ilmu

Perjalanan ke Tanah Suci akan lebih diberkati dan dimuliakan dengan tujuan kita untuk menimba ilmu dan lebih tinggi lagi ganjarannya ialah dimudahkan jalan menuju syurga Allah Subhanahu wataala,sebagai mana sabda Nabi Sallallahu alaihi wasallam :

muliakan-diri-dengan-ilmu-7-638

Alhamdulilah,beberapa kumpulan telah mengikuti dengan jaya.Mereka pulang bukan sekadar dengan air zam zam dan barang hadiah yang dibeli semasa di Makkah tetapi pulang bersama dengan sijil penyaksian pengajian Al Quran di Masjidil Haram dan apa yang lebih penting ilmu AlQuran yang diperolehi di Tanah Suci.

sijil peserta halaqah

IMG-20171029-WA0002 IMG-20171104-WA0006

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*Perkongsian*Ilmu *Kerjasama *Ukhwah *Keyakinan *Kepelbagaian (kreatif) *Dinamik