Imtiyaz Travel & Tour Sdn Bhd Kota Bharu

imtiyaz

Kenali Imtiyaz Travel

Imtiyaz Travel & Tours Malaysia adalah sebuah syarikat yang dimiliki oleh bumiputra Melayu Islam dan diperbadankan pada tahun 1995 di Kuala Terengganu,Terengganu Darul Iman. Peringkat awal penubuhan,urusniaga Imtiyaz adalah sebagai pengendali Umat Islam Malaysia ke Tanah Suci Mekah untuk mengerjakan Haji atau Umrah. Oleh yang demikian menjelang tahun 2015,Imtiyaz Travel telah berpengalaman selama sepuluh tahun dalam industri ke Tanah Suci.

Imtiyaz mendapat kelulusan daripada Kementerian Pelancongan Malaysia untuk mengendalikan Pelancongan ke Luar Negara (Outbound), Pelancongan Dalam Malaysia (Inbound) dan Tiketing bermakna bidang yang layak untuk Imtiyaz melebarkan khidmat kepada masyarakat adalah lebih luas. Justeru, perniagaan kami bukan setakat destinasi ke Tanah Suci sahaja, bahkan kami turut mengendalikan pelanggan ke seluruh destinasi seantero dunia mencakupi pakej pelancongan, hotel,transport,visa, aksesori pelancongan dan sebagainya. Kami yakin dapat memenuhi keperluan anda untuk perjalanan dan pengembaraan anda dengan pengalaman perkhidmatan kami.

Menjelang tahun 2012, Imtiyaz telah melangkah ke persada negara apabila cawangan-cawangan Imtiyaz di negeri-negeri utama seluruh Malaysia mula dirintis.  Bermula pendaftaran cawangan Imtiyaz Travel Gombak,Kuala Lumpur,  kami dengan gagah melangkah ke Kota Bharu Kelantan, Shah Alam Selangor,Kuantan Pahang dan Kota Kinabalu Sabah. Disamping Pusat Pusat Jualan turut dibuka di Butterworth Pulau Pinang,Bandar Sunway dan Bangi Selangor, Ampang Kuala Lumpur. Kami turut dibantu oleh para Wakil Imtiyaz/Ejen yang begitu gigih bersama sama kami membantu pelanggan.Semua ini disediakan agar kami dapat memberi perkhidmatan yang terbaik kepada pelanggan-pelanggan Imtiyaz Travel dan menjayakan visi,misi dan nilai-nilai murni yang menjadi akujanji kami dengan para pelanggan.

Visi Imtiyaz Travel

Imtiyaz menjadi agensi pelancongan yang terbaik dan bertaraf antarabangsa dalam merealisasikan kepuasan pelanggan.

Misi Imtiyaz Travel

Imtiyaz menyediakan perkhidmatan yang profesional dan beretika melalui produk yang berkualiti bagi menjadi pilihan utama pelanggan walau di mana kami beroperasi.

Imtiyaz mengiktiraf bahawa kakitangan kami mempunyai komitmen yang tinggi dan berkebolehan dalam fungsi asas masing-masing untuk memastikan kepuasan pelanggan terjamin. Justeru, Imtiyaz sentiasa membangunkan kredibiliti dan keupayaan kakitangan serta mewujudkan suasana persekitaran kerja yang lebih kondusif agar mereka dalam memberikan perkhidmatan terbaik kepada pelanggan.

Nilai-Nilai Utama Yang Kami Impikan

Kegembiraan Pelanggan Pelanggan ialah penentu terakhir kepada kualiti dan kecemerlangan produk yang Imtiyaz tawarkan. Imtiyaz tidak hanya fokus kepada memenuhi kehendak dan kepuasan hati pelanggan tetapi Imtiyaz cenderung untuk menyediakan produk dan perkhidmatan yang melangkaui jangkaan pelanggan.

Hormat Imtiyaz akan berusaha untuk mewujudkan persekitaran yang harmoni dengan menerapkan nilai saling menghormati antara satu sama lain dalam syarikat dan juga rakan niaga serta masyarakat secara amnya.

Cemerlang Kecemerlangan akan menjadi satu cara hidup Imtiyaz dalam apa jua perkara yang dilakukan.

Inovasi dan Peningkatan Berterusan Imtiyaz akan terus inovasi dan membuat peningkatan berterusan seiring dengan perubahan kehendak dan keperluan pelanggan.

Tanggungjawab Sosial Imtiyaz komited untuk focus kepada keperluan sosial dan menjadi inspirasi kepada masyarakat sekitar.

Pencapaian & Pengiktirafan Imtiyaz

Imtiyaz Travel adalah syarikat Pelancongan yang beroperasi secara sah dan menjunjung undang-undang dan peraturan di Malaysia. Berpaksikan garis panduan yang di keluarkan oleh pihak berkuasa,Imtiyaz memgang amanah untuk menjadi operator pelancongan yang professional dan dinamik. Dilampirkan Lesen-Lesen dan Sijil Sijil pengiktirafan Imtiyaz Travel sebagai lambang komitmen kami dalam industri pelancongan negara.

1- Perakuan Pemerbadanan Syarikat oleh Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM)

2- LESEN Akta Industri Pelancongan 1992-Kementerian Pelancongan Malaysia

3- SIJIL AKUAN Pendaftaran Syarikat-Kementerian Kewangan Malaysia

4- SIJIL AKUAN Syarikat Pendaftaran Bumiputera-Kementerian Kewangan Malaysia

5- CERTIFIED of ACCREDITATION International Air Transport Association (IATA)

6- ACTIVE MEMBER of the Malaysian Association of Tour and Travel Agents (MATTA)

7- Ahli PERSATUAN AGENSI-AGENSI PELANCONGAN DAN PENGEMBARAAN BUMIPUTERA MALAYSIA (BUMITRA)

Cawangan-Cawangan IMTIYAZ TRAVEL

IMTIYAZ TRAVEL berusaha untuk mempersembahkan perkhidmatan yang terbaik dan cemerlang kepada semua pelanggan. Pembukaan pejabat-pejabat cawangan dan Pusat Jualan IMTIYAZ diperbanyakkan untuk bantu memudahkan urusan anda melancong atau bermusafir khususnya penyerahan dokumen, Taklimat & Kursus serta urusan berkaitan. Pejabat dan Pusat Jualan Imtiyaz adalah sepertimana berikut:

IMTIYAZ TRAVEL Cawangan Bandar Kuala Terengganu,Terengganu. IMTIYAZ TRAVEL Cawangan Kota Bharu,Kelantan. IMTIYAZ TRAVEL Cawangan Shah Alam, Selangor. IMTIYAZ TRAVEL Cawangan Kota Kinabalu, Sabah. IMTIYAZ TRAVEL Cawangan Kuantan,Pahang. IMTIYAZ TRAVEL Cawangan Butterworth, Pulau Pinang. IMTIYAZ TRAVEL Cawangan Manjung,Perak. IMTIYAZ TRAVEL Pusat Jualan Rawang,Selangor. IMIYAZ TRAVEL Pusat Jualan Bandar Sunway,Selangor. IMTIYAZ TRAVEL Pusat Jualan Johor Bahru,Johor.

*Perkongsian*Ilmu *Kerjasama *Ukhwah *Keyakinan *Kepelbagaian (kreatif) *Dinamik