Sijil Tahfiz Al-Quran Masjidil Haram

IMG-20170816-WA0008[1]

 

برنامج الحرمين الشريفين

PROGRAM ALHARAMAIN ASSYARIFAIN

 

اختبار تحفيظ القرآن في الحرمين الشريفين
Ujian Hafazan Al Quran Al Haramain Assyarifain.

Masjidil Haram telah memainkan peranan yang amat besar dalam usaha memartabatkan Al Quran yang mana menyediakan pelbagai program untuk manfaat masyarakat dunia.Kerajaan Arab Saudi khasnya amat Sirius dalam pembangunan Al Quran.
Sebagai menghargai mereka yang telah berjaya menghafaz Al Quran dan sebagai satu penilaian tahap ingatan para huffaz,maka amat digalakkan para huffaz mengambil ujian ini.
Peserta yang telah menghafal 30 juzu’ dengan ingatan yang kuat adalah dialu alukan menyertai sesi ujian hafazan Al Quran yang akan dilaksanakan oleh pihak Masjidil Haram.Mereka yang Berjaya pada ujian ini akan mendapat sijil pengiktirafan hafazan Al Quran dari pihak Masjidil Haram dan hadiah.Program ini secara tidak langsung dapat menjadi perangsang kepada para huffaz meningkatkan lagi ingatan hafazan mereka.

Syarat – syarat penyertaan :
1. Menghafal 30 juzu’.
2. Umur 18 – 25 tahun ( umur dibawah 18 tahun dengan kebenaran ibubapa/penjaga).
3. Lulus ujian.( di Malaysia ).
4. Surat sokongan dari mana – mana Institusi Agama/ Maahad.
5. Ingatan yang kuat.
6. Telah menjalani latihan dan ujian menjawab soalan.
7. Bersedia menjawab dari mana- mana bahagian ayat Al Quran.

 

 

Jenis Penyertaan.

Peserta  boleh memilih dua kaedah penyertaan iaitu :

1 .Menjalani ujian di Makkah Al Mukarramah.

Peserta yang memilih untuk menjalani ujian di Makkah akan pergi ke Makkah pada tarikh yang telah ditetapkan bersama program – program yang lain yang mana dilaksanakan di Makkah.sebagai tambahan peserta juga berpeluang mengikuti program Halaqah AlQuran Masjidil Haram ( Hafazan ).penganjur akan menentukan sesi ujian tersebut yang akan dilaksanakan di dalam Masjidil Haram.

Yuran yang dikenakan mengikut tawaran program Halaqah Al Quran Masjidil Haram.

TEMPOH

program halaqah                                  : 12 HARI 10 MALAM

program halaqah / ijazah ( sanad )    : 27 HARI 25 MALAM

TEMPAT                                 : MAKKAH AL MUKARRAMAH

(untuk maklumat lengkap sila berurusan dengan pihak pengurusan )

2. Malaysia ( Dalam Talian )

Peserta yang memilih menjalani sesi ujian di Malaysia ,sesi ujian akan dilaksanakan dalam talian ( online ).penganjur akan menentukan dimana lokasi sesi ujian akan dijalankan dimana surat makluman akan diserahkan.segala kelengkapan sesi ujian akan diuruskan oleh penganjur. Peserta yang berjaya akan dianugerahkan Sijil Tahfiz Al Quran Masjidil Haram.

Fee pengurusan : RM450.00 sahaja.

yuran termasuk :

Pengurusan & Sesi Ujian.

Seminar ( akan dilaksanakan semasa majlis penyerahan sijil )

Majlis Penyerahan Sijil .( semua peserta ) Urusetia.

 

sijil hafazan masjidil haram

Sijil Ujian Hafazan Masjidil Haram

 

IMG-20170821-WA0004[1]

*Perkongsian*Ilmu *Kerjasama *Ukhwah *Keyakinan *Kepelbagaian (kreatif) *Dinamik