Proses Penyembelihan

Waktu Penyembelihan.

Penyembelihan Qurban akan dilakukan apabila berlalu tempoh sekadar selesainya dua rakaat solat sunat Hari Raya Adha Serta bacaan khutbah.siang dan malam tetapi makruh pada waktu malam sehingga hari thasri’ ( 11 , 12 dan 13 zulhijjah ) sebelum terbenam matahari.

qurban

.
Syarat Penyembelihan Haiwan Qurban.

Afdhal bagi orang yang melakukan qurban menyembelih qurbannya dan sama – sama turut hadir menyaksikannya.walau bagaimanapun seseorang itu boleh mewakilkan kepada orang lain atau syarikat atau persatuan yang bersetuju untuk menguruskan ibadah qurban dengan syarat – syarat seperti berikut:
1. Penyembelih qurban hendaklah seorang muslim samada lelaki atau perempuan.
2. Mumayyiz dan berakal .makruh mewakilkan ke atas kanak – kanak dan wanita haid.
3. Afdhal disembelih oleh lelaki dan sunat bagi wanita mewakilkan kepada lelaki.
4. Mampu melakukannya dan tidak dipaksa.

Syarat Alat Sembelihan.

1.hendaklah tajam yang boleh memutuskan :
i. Urat pembuluh darah yang terletak di sebelah kiri dan kanan leher (wadajain).
ii. Urat mari’ ( saluran makanan ).
iii. Halqum ( saluran pernafasan ).

ara

Teknik penyembelihan unta.

*Perkongsian*Ilmu *Kerjasama *Ukhwah *Keyakinan *Kepelbagaian (kreatif) *Dinamik