Kursus Perniagaan Mengikut Perspektif Islam

KURSUS PERNIAGAAN MENGIKUT PERSPEKTIF ISLAM

 

PENGENALAN 

Kursus Perniagaan Mengikut Perspektif Islam satu program yang dibina khusus untuk peniaga-peniaga di setiap kawasan di bawah kelolaan Pihak Berkuasa tempatan ( PBT ). Ini dilihat sebagai satu program yang bermanfaat bagi menyampaikan maklumat dan memberi suntikan modal insan kepada peniaga-peniaga. Dalam membina pembangunan ekonomi secara fizikal, harus seiring juga pembangunan ekonomi yang mengikut landas-landas yang telah ditetapkan oleh syariat. Masyarakat peniaga adalah mereka yang banyak bermuamalah seharian-harian. Mereka ini yang banyak memberi imej disetiap tempat. Mereka juga termasuk dalam faktor baik buruknya di sesebuah kawasan perniagaan. Jadi dengan adanya kursus sebegini sedikit sebanyak dapat memberi input-input yang bermanfaat dan memahami kehendak pembangunan yang seimbang.

Bertepatan dengan kehendak islam bahawa menuntut ilmu adalah fardu ain iaitu wajib dituntut,maka tepatlah sekiranya program sebegini dibuat dalam silibus yang berkesan dan menyeluruh .Pihak berkuasa tempatanlah yang harus mengambil peranan untuk memberi ilmu kepada golongan peniaga ini. Melalui penyampian maklumat secara terus dapat memberi kefahaman kepada para peniaga tentang beberapa perkara seperti kepatuhan undang-undang kebersihan, aurat, jujur, adil dan lain-lain.

 

OBJEKTIF

  1. Memberi pendedahan dan kefahaman kepada konsep perniagaan yang dianjurkan dalam Islam.

  2. Memberi kefahaman kepada peniaga ilmu perniagaan Islam.

  3. Mempertingkatkan kesedaran penjagaan kebersihan kawasan Pihak Berkuasa Tempatan.

  4. Melaksanakan pelan induk Majlis yang telah digariskan.

  5. Menjalankan kursus dengan cekap, cepat & berkesan.

  6. Dapat melahirkan peniaga – peniaga yang baik.

  7. Program Interaksi antara Pihak Berkuasa tempatan bersama Peniaga.

  8. Mewujudkan program – program yang berbentuk Pembangunan Insan.

Tajuk – Tajuk Modul.

  1. Ilmu Perniagaan Mengikut Perspektif islam.             ( 1 jam)

  2. Etika Perniagaan Mengikut Perspektif Islam.             ( 1 jam )

  3. Pihak Berkuasa Tempatan Prihatin Peniaga Sejahtera. ( 1 jam )

 

 

  1. Ilmu Perniagaan Mengikut Perspektif islam.

Setiap kegiatan ekonomi hendaklah berpandukan ilmu. Ini termasuk ilmu fardhu a’in yang berkaitan dengan muamalah serta ilmu – ilmu muamalah dengan lebih mendalam supaya segala kepincangan dapat diselesaikan. Modul ini juga merangkumi konsep yang dirangka oleh Pihak Berkuasa Tempatan itu Sendiri.Disamping itu dapat menyemai hubungan yang lebih harmoni antara masyarakat dan peniaga dan tidak semata – mata  mengaut keuntungan sahaja. Memastikan kebajikan masyarakat sekeliling terjamin selain sibuk menjalankan aktiviti ekonomi. Sifat ehsan perlu ada pada setiap peniaga untuk mendapat keberkatan pada rezeki.

Kupasan Modul ;

  1. Ilmu asas perniagaan islam.

  2. Elemen penting perniagaan islam.

  3. Kupasan berkenaan elemen.

  4. Hasil dan kesan mendalami ilmu.

  5. Menggalakkan peniaga supaya meningkatkan ilmu pengetahuan.

  6. Menerangkan kepentingan ilmu.( perniagaan islam )

  1. Etika Perniagaan Mengikut Perspektif Islam.

Modul ini menekankan bahawa peniaga – peniaga wajib memahami yang mana setiap kegiatan ekonomi mestilah mematuhi dan memenuhi tuntutan Islam dan nilai – niainya.Termasuk juga mematuhi peraturan – peraturan yang telah di tetapkan oleh pihak berkuasa.konsep yang ingin diterapkan  ialah Kepatuhan dan Kebersihan yang menjadi antara elemen terpenting kepada kemajuan di setiap kawasan Pihak Berkuasa tempatan.

Kupasan Modul :

  1. Pengertian etika dalam perniagaan islam serta nilai – nilai murni.

  2. Penerangan garis panduan etika umum perniagaan Islam.

  3. Kepentingan mematuhi peraturan.

  4. Pemahaman hasrat Majlis Perbandaran Kota Bharu – Bandaraya Islam

  5. Kupasan ciri – ciri perniagaan yang beretika.

  6. Hasil dari pematuhan.

  1. Pihak Berkuasa Tempatan Prihatin Peniaga Sejahtera.

Modul ini akan menerangkan dengan lebih jelas kepada peniaga – peniaga akan visi , misi ,hasrat serta wawasan Kerajaan Negeri selaku pentadbir negeri dan pihak berkuasa tempatan.Dengan modul ini peniaga – peniaga  mendapat gambaran yang jelas disampaikan secara terus.menerusi modul ini diharapkan para peniaga merasa lebih dekat dengan pihak Majlis dengan program berbentuk motivasi dan pendidikan.

Kupasan Modul :

  1. Menerangkan peranan , visi , misi Kerajaan Negeri Kelantan dan Pihak Berkuasa tempatan.

  2. Memberi pemahaman peranan antara peniaga dan Pihak Berkuasa Tempatan.

  3. Mengupas dan menjelaskan beberapa isu yang timbul di kalangan peniaga-peniaga sebagai salah satu tindakan secara menyeluruh.

Pihak Berkuasa Tempatan Yang Telah Melaksanakan Kursus wajib kepada peniaga – peniaga :

  1. Majlis Perbandaran Kota Bharu – Bandaraya Islam. ( Kelantan )

Kesan Perlaksanaan Kursus Kepada Peserta :

  1. Peniaga mendapat ilmu yang belum pernah disampaikan sebelum ini.

  2. Peniaga lebih memahami visi , misi serta wawasan Pihak Berkuasa Tempatan.

  3. Peniaga lebih peka dan dapat mengelakkan dari melanggar peraturan – peraturan.

  4. Peniaga dapat Berinteraksi dengan Pihak Berkuasa Tempatan.

  5. Memberi maklumat dahulu sebelum mengambil tindakan.( kompaun,sita dsbg

Pihak Yang Terlibat ( Peserta )

Keseluruhan Peniaga – peniaga di dalam kawasan seliaan Pihak Berkuasa Tempatan.

Rumusan

Setiap Pihak Berkuasa Tempatan mempunyai visi , misi serta wawasan.Ditambah lagi dengan rancangan – rancangan pembangunan yang mantap samada dari segi fizikal serta Modal Insan. Sudah tentu setiap setiap perancangan perlu mendapat maklumbalas dari setiap inividu – individu berkenaan.Setiap wawasan Pihak Berkuasa Tempatan harus menyerapi kesetiap minda masyarakat di bawah seliaannya.Bagaimana Pihak Berkuasa tempatan ingin betul memastikan penyebaran ilmu dan maklumat telah betul sampai ke golongan sasaran.Dengan penganjuran Kursus Perniagaan Islam atau apa jua tajuk dengan konsep yang sama , sedikit sebanyak memberi kesan positif terhadap golongan sasaran.  . Maka, pendekatan Pihak berkuasa Tempatan dalam usaha berterusan memberi kefahaman dan mencorak peniaga supaya lebih menghayati nilai – nilai Islam adalah usaha yang dituntut .

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

*Perkongsian*Ilmu *Kerjasama *Ukhwah *Keyakinan *Kepelbagaian (kreatif) *Dinamik