Archives alfikrah

IMG_20180201_111709

Taklimat Perunding / Wakil

IMG_20180201_111709

Telah berlangsung majlis taklimat perunding / wakil Alfikrah Group pada khamis ( 1 febuari 2018 )di Masjid Muhammadi Kota Bharu Kelantan.Walaupun  hebahan program dibuat dalam masa tiga hari dan dibuat pada hari bekerja namun penyertaan amat menggalakkan.

Taklimat ini ialah yang pertama dilaksanakan bagi memberi pendedahan berkenaan dengan Barnamij Alharamain Assyarifain dan juga memberi pencerahan berkenaan peluang – peluang yang terbuka kepada perunding.Segmen terbaru ke Tanah Suci ini akan memberikan banyak faedah kepada pelbagai pihak.

Alfikrah mengucapkan ribuan terima kasih kepada Imam Tua Masjid Muhammadi Kota Bharu Kelantan kerana telah memberikan kerjasama erat , peserta yang hadir dan semua yang terlibat menjayakan  serta menghebahkan program ini.

Alfikrah akan mengadakan lebih banyak lagi siri – siri taklimat dengan kerjasama pelbagai pihak yang terdiri dari perunding – perunding Alfikrah ,Masjid ,para Asatizah halaqah alQuran dan lain – lain bagi meluaskan lagi pengetahuan orang ramai tentang program yang dilaksana di Masjidil Haram.

IMG_20180201_122613IMG_20180201_122524IMG_20180201_121019IMG_20180201_131850

sijil peserta halaqah

Sijil Halaqah Al Quran Masjidil Haram

 Halaqah Al Quran Masjidil Haram

Program Halaqah Al Quran Masjidil Haram telah dijalankan sejak 2013.Program pendidikan Al Quran yang diwujudkan khas oleh Masjidil Haram untuk memberikan khidmat kepada pengunjung bagi memperbaiki bacaan AlQuran.Dalam tempoh berada di Makkah dapat memanfaatkan masa dengan program Al Quran.

Masjidil Haram menyediakan para Sheikh dan Sheikhah yang mahir dalam bidang AlQuran.Kita dapat memperbaiki bacaan dari aspek sebutan huruf,tajwid  dan fasahah.

Dengan penyelarasan yang baik ,Alfikrah telah menyusun program supaya lebih teratur dan peserta dapat mengikuti program dengan tanpa ada rasa segan dan malu. Format yang telah disusun supaya peserta akan mendapat kesan impak yang lebih maksima berbanding dengan masuk tanpa penyelerasan( walk in).Alfikrah akan mendaftarkan nama peserta ke pihak Masjidil Haram untuk dikeluarkan Sijil Rasmi serta tag rasmi penyertaan.

Apa yang menariknya peserta juga dapat melaksanakan umrah yang telah dimasukkan dalam jadual program selama 12 hari atau 27 hari.Bukan sekadar dapat melaksanakan umrah dapat pula belajar alQuran.Amatlah berbaloi.

hadits-tentang-menuntut-ilmu

Perjalanan ke Tanah Suci akan lebih diberkati dan dimuliakan dengan tujuan kita untuk menimba ilmu dan lebih tinggi lagi ganjarannya ialah dimudahkan jalan menuju syurga Allah Subhanahu wataala,sebagai mana sabda Nabi Sallallahu alaihi wasallam :

muliakan-diri-dengan-ilmu-7-638

Alhamdulilah,beberapa kumpulan telah mengikuti dengan jaya.Mereka pulang bukan sekadar dengan air zam zam dan barang hadiah yang dibeli semasa di Makkah tetapi pulang bersama dengan sijil penyaksian pengajian Al Quran di Masjidil Haram dan apa yang lebih penting ilmu AlQuran yang diperolehi di Tanah Suci.

sijil peserta halaqah

IMG-20171029-WA0002 IMG-20171104-WA0006

IHKTIBAR

SIJIL TAHFIZ ALQURAN MASJIDIL HARAM ( STMH )

 

SIJIL TAHFIZ  ALQURAN MASJIDIL HARAM ( STMH )

اختبار تحفيظ القرآن في الحرمين الشريفين
Ujian Hafazan Al Quran Al Haramain Assyarifain

Sijil Tahfiz AlQuran Masjidil Haram ( STMH ) merupakan ujian terbuka yang ditawarkan kepada individu yang layak tanpa perlu menduduki pengajian.Ia adalah suatu pengiktirafan yang diberikan oleh Institusi yang terkenal di dunia iaitu Masjidil Haram , Makkah Al Mukarramah bagi mengiktiraf dan memperakukan status hafazan para Huffaz di seluruh dunia.

Program Sijil Tahfiz Al Quran Masjidil Haram (STMH) ini adalah salah satu program yang terdapat di dalam Program Al Haramain Assyarifain yang mana dikhususkan kepada peserta yang bergelar Hafiz.
Para Huffaz yang telah menghafal 30 juzu’ dengan ingatan yang kuat adalah dialu alukan menyertai sesi ujian hafazan Al Quran yang akan dilaksanakan oleh pihak Masjidil Haram.

Mereka yang Berjaya pada ujian ini akan mendapat sijil pengiktirafan hafazan Al Quran dari pihak Masjidil Haram dan hadiah sekaligus peserta akan mendapat pengiktirafan diperingkat antarabangsa.

Kaedah Ujian Dijalankan :

  1. Hifz Al Quran 30 juzu’ syafawi ( lisan )
  2. Calon akan disoal sebanyak 3 soalan.
  3.  Aspek penilaian / pemarkahan
  • Ingatan
  • Kelancaran
  • Tajwid
  • fasahah

Syarat – syarat umum penyertaan :

– Tamat hafazan 30 juzu’.

– Ingatan yang kuat.

– menjalani latihan dan ujian menjawab soalan.

– Bersedia menjawab dari mana- mana bahagian ayat Al Quran.

-Calon telah menghafaz 30 juzu’ alQuran yang disahkan oleh mana-mana institusi

Jenis Penyertaan.

Peserta yang boleh memilih dua kaedah penyertaan iaitu :

 

  1. Menjalani ujian di Makkah Al Mukarramah.

Peserta yang memilih untuk menjalani ujian di Makkah akan pergi ke Makkah pada tarikh yang telah ditetapkan bersama program – program yang lain yang mana dilaksanakan di Makkah.sebagai tambahan peserta juga berpeluang mengikuti program Halaqah AlQuran Masjidil Haram ( Hafazan ).penganjur akan menentukan sesi ujian tersebut yang akan dilaksanakan di dalam Masjidil Haram.

Yuran yang dikenakan mengikut tawaran program Halaqah Al Quran Masjidil Haram.
TEMPOH

program halaqah                                  : 12 HARI 10 MALAM
program halaqah / ijazah ( sanad )    : 27 HARI 25 MALAM

TEMPAT                                 : MAKKAH AL MUKARRAMAH

  1. Di Malaysia ( Dalam Talian )

Peserta yang memilih menjalani sesi ujian di Malaysia ,sesi ujian akan dilaksanakan dalam talian ( online ).penganjur akan menentukan dimana lokasi sesi ujian akan dijalankan dimana surat makluman akan diserahkan.segala kelengkapan sesi ujian akan diuruskan oleh penganjur.

Peserta yang berjaya akan dianugerahkan Sijil Tahfiz Al Quran Masjidil Haram.

Fee pengurusan : RM450.00 sahaja.

syahadah tahfiz masjidil haram ( muhammad fitri )

IMG_20171220_204236

CALON SEDANG MENJALANI SESI UJIAN DI MASJIDIL HARAM

IMG_20171224_071800

IMG-20171211-WA0041
IMG_20171211_152334_287

CALON SEDANG MENJALANI SESI UJIAN SECARA ONLINE

IMG_20180118_120056

Gandakan Amalan Pahala

Empat perkara bagaimana Allah Taala gandakan pahala

empat perkara yang jika orang-orang beriman melakukannya, maka Allah Taala akan menggandakan pahala kepadanya

pertama, jika orang-orang beriman memberikan pinjaman yang baik lagi ikhlas kepada Allah Taala, Allah Taala akan gandakan pahala kepada mereka sebagaimana firman Allah :

Surah Al Hadid Ayat 11
1. من ذا الذي يقرض الله قرضا حسنا فيضاعفه له وله أجر كريم
yang bermaksud, 11. siapakah orangnya yang mahu memberikan pinjaman kepada Allah, sebagai pinjaman yang baik ikhlas supaya Allah melipat-gandakan balasannya? dan selain itu dia akan beroleh pahala yang besar.

2. Surah Al Hadid Ayat 18
إن المصدقين والمصدقات وأقرضوا الله قرضا حسنا يضاعف لهم ولهم أجر كريم
yang bermaksud, 18. sesungguhnya orang-orang lelaki yang bersedekah dan orang-orang perempuan yang bersedekah, serta mereka memberikan pinjaman kepada Allah, sebagai pinjaman yang baik lagi ikhlas, akan digandakan balasannya dengan berganda-ganda banyaknya, dan mereka pula akan beroleh pahala yang mulia.

3. Surah Al Baqarah Ayat 245
من ذا الذي يقرض الله قرضا حسنا فيضاعفه له أضعافا كثيرة والله يقبض ويبسط وإليه ترجعون
yang bermaksud, 245. siapakah orangnya yang mahu memberikan pinjaman kepada Allah sebagai pinjaman yang baik lagi yang ikhlas supaya Allah melipatgandakan balasannya dengan berganda-ganda banyaknya? dan ingatlah, Allah jualah yang menyempit dan yang meluaskan pemberian rezeki dan kepadaNyalah kamu semua dikembalikan

4. Surah At Taghabun Ayat 17
إن تقرضوا الله قرضا حسنا يضاعفه لكم ويغفر لكم والله شكور حليم
yang bermaksud, 17. dan kalau kamu memberi pinjaman kepada Allah, sebagai pinjaman yang baik lagi ikhlas, nescaya Allah akan melipatgandakan balasannya kepada kamu serta mengampunkan dosa-dosa kamu, dan Allah amat memberi penghargaan dan balasan kepada golongan yang berbuat baik, lagi maha penyabar untuk memberi peluang kepada golongan yang bersalah supaya bertaubat

Kedua , jika orang-orang beriman bersedekah dan membelanjakan harta kerana mengharapkan keredhaan Allah Taala, Allah Taala akan gandakan pahala kepada mereka sebagaimana firman Allah

1. Surah Ar Rum Ayat 39
وما آتيتم من ربا ليربو في أموال الناس فلا يربو عند الله وما آتيتم من زكاة تريدون وجه الله فأولئك هم المضعفون
yang bermaksud, 39. dan ketahuilah bahawa sesuatu pemberian atau tambahan yang kamu berikan, supaya bertambah kembangnya dalam pusingan harta manusia maka dia tidak sekali-kali akan kembang di sisi Allah dan tidak mendatangkan kebaikan, dan sebaliknya sesuatu pemberian sedekah yang kamu berikan dengan tujuan mengharapkan keredaan Allah semata-mata, maka mereka yang melakukannya itulah orang-orang yang beroleh pahala berganda-ganda

2. Surah Al Baqarah Ayat 265
ومثل الذين ينفقون أموالهم ابتغاء مرضات الله وتثبيتا من أنفسهم كمثل جنة بربوة أصابها وابل فآتت أكلها ضعفين فإن لم يصبها وابل فطل والله بما تعملون بصير
yang bermaksud, 265. dan bandingan orang-orang yang membelanjakan hartanya kerana mencari keredaan Allah dan kerana meneguhkan iman dan perasaan ikhlas yang timbul dari jiwa mereka, adalah seperti sebuah kebun di tempat yang tinggi, yang ditimpa hujan lebat, lalu mengeluarkan hasilnya dua kali ganda, kalau dia tidak ditimpa hujan lebat maka hujan renyai-renyai pun cukup untuk menyiraminya, dan ingatlah, Allah sentiasa melihat akan apa yang kamu lakukan

3. Surah Al Hadid Ayat 18
إن المصدقين والمصدقات وأقرضوا الله قرضا حسنا يضاعف لهم ولهم أجر كريم
yang bermaksud, 18. sesungguhnya orang-orang lelaki yang bersedekah dan orang-orang perempuan yang bersedekah, serta mereka memberikan pinjaman kepada Allah, sebagai pinjaman yang baik lagi ikhlas, akan digandakan balasannya dengan berganda-ganda banyaknya, dan mereka pula akan beroleh pahala yang mulia

4. Surah Al Baqarah Ayat 261
مثل الذين ينفقون أموالهم في سبيل الله كمثل حبة أنبتت سبع سنابل في كل سنبلة مائة حبة والله يضاعف لمن يشاء والله واسع عليم
yang bermaksud, 261. bandingan derma orang-orang yang membelanjakan hartanya pada jalan Allah, ialah sama seperti sebiji benih yang tumbuh menerbitkan tujuh tangkai, tiap-tiap tangkai itu pula mengandungi seratus biji, dan ingatlah, Allah akan melipatgandakan pahala bagi sesiapa yang dikehendakiNya, dan Allah maha luas rahmat kurniaNya, lagi meliputi ilmu pengetahuanNya

Ketiga, jika orang-orang beriman beriman dengan sebenar-benar iman dan beramal soleh, Allah Taala akan gandakan pahala kepada merekasebagaimana firman Allah

1. Surah Saba Ayat 37
وما أموالكم ولا أولادكم بالتي تقربكم عندنا زلفى إلا من آمن وعمل صالحا فأولئك لهم جزاء الضعف بما عملوا وهم في الغرفات آمنون
yang bermaksud, 37. dan bukanlah harta benda kamu dan tidak juga anak pinak kamu yang mendampingkan kamu di sisi Kami walau sedikitpun, kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh, maka mereka itu akan beroleh balasan yang berlipat ganda disebabkan apa yang mereka telah kerjakan, dan mereka pula ditempatkan dalam mahligai-mahligai di syurga dengan aman sentosa

Keempat, jika orang-orang beriman beramal soleh walau sebesar zarah sekalipun, Allah Taala akan gandakan pahala kepada merekasebagaimana firman Allah

1. Surah An Nisa Ayat 40
إن الله لا يظلم مثقال ذرة وإن تك حسنة يضاعفها ويؤت من لدنه أجرا عظيما
yang bermaksud, 40. sesungguhnya Allah tidak sekali-kali menganiaya seseorang sekalipun seberat zarah atau debu, dan kalaulah amal yang seberat zarrah itu amal kebajikan, nescaya akan menggandakannya dan akan memberi, dari sisiNya, pahala yang amat besar.

Berkaitan dengan rujukan ayat al Quran di atas yang mengatakan berkenaan dengan kelebihan berinfaq dan bersedeqah ke jalan Allah maka sudah pasti kita semua ingin merebut dan membuat amalan yang berlipat kali ganda yang bertepatan dengan sunnah dan perbahasan salafussoleh serta para alim ulama.

Umum mengetahui tentang fadhilat amalan di tanah suci Makkah, yang mana pahala satu solat ialah 100 000 solat , kalau di hitung sekira kita bersolat 50 tahun pun belum sampai dengan 100 000 solat.Begitu besar ganjaran pahala di tanah suci.

Imam Muslim meriwayatkan dalam kitab Shahih-nya, hadits dari sahabat Uqbah bin ‘Amr bin Tsa’labah radhiallahu’anhu, bahwa Rasulullah Shallallahu’alaihi Wasallam bersabda:

من دَلَّ على خيرٍ فله مثلُ أجرِ فاعلِه

Barangsiapa yang menunjuki kepada kebaikan maka dia akan mendapatkan pahala seperti pahala orang yang mengerjakannya” (HR. Muslim no. 1893).

jika kita meneliti hadith di atas ,kita mendapati bahawa di sana terdapat keluasan dalam kita ingin mengumpul ganjaran Allah Subhanahu wa taala serta mengikut keupayaan masing – masing.Dijelaskan juga bahawa ada fadhilat – fadhilat yang besar yang boleh direbut.

Mengambil contoh sekiranya seseorang individu menyuruh individu lain mengerjakan umrah serta ke tanah suci dengan niat yang ikhlas, maka bertepatan dengan apa yang Baginda Nabi Sallahu alaihi wassalam sebut,dengan itu pahala umrahnya , solatnya serta amalan – amalannya akan mengalir kepada individu yang menyuruh tadi.sekiranya dilihat ganjaran pahala solat sahaja dengan satu solat sahaja menyamaik 100 000 solat ,bayangkanlah berapa solat yang mereka laksanakan di Tanah Suci.Lebih besar lagi bukan setakat menyuruh tetapi diberi dengan sumbangan atau sedeqah untuk mengerjakan umrah.

Ditambah pula dengan amalan yang lain sebagai contoh individu tersebut adalah pelajar Tahfiz ( penuntut ilmu ) yang mana mereka sentiasa mengulang bacaan al Quran mereka di tanah suci serta belajar ilmu al quran.apa yang diharapkan ilmu al Quran yang dipelajari diteruskan apabila pulang dan disitu juga menjadi sebab amalan kita berganda ganda.

Begitu luas rahmat Allah Subhanahu wa Taala  memberikan ruang kepada hambanya membuat Amalan bekalan di Akhirat nanti.

IMG-20180117-WA0027

IMG-20170809-WA0008

SIJIL TAHFIZ AL QURAN MASJIDIL HARAM,MAKKAH AL MUKARRAMAH

IMG-20170808-WA0002

 

SIJIL TAHFIZ  ALQURAN MASJIDIL HARAM ( STMH )

اختبار تحفيظ القرآن في الحرمين الشريفين
Ujian Hafazan Al Quran Al Haramain Assyarifain

Sijil Tahfiz Al Quran Masjidil Haram (STMH) ini adalah salah satu program yang terdapat di dalam Program Al Haramain Assyarifain sebagai satu pengiktirafan pencapaian para penghafaz Al Quran yang telah tamat menghafaz Al Quran.

Peserta yang telah menghafal 30 juzu’ dengan ingatan yang kuat adalah dialu alukan menyertai sesi ujian hafazan Al Quran yang akan dilaksanakan oleh pihak Masjidil Haram.

Mereka yang Berjaya pada ujian ini akan mendapat sijil pengiktirafan hafazan Al Quran dari pihak Masjidil Haram dan hadiah sekaligus peserta akan mendapat pengiktirafan diperingkat antarabangsa.

Syarat – syarat umum penyertaan :

– Tamat hafazan 30 juzu’.

– Ingatan yang kuat.

– Telah menjalani latihan  ujian menjawab soalan.

– Bersedia menjawab dari mana- mana bahagian ayat Al Quran ( 30 juzu ‘).

Jenis Penyertaan.

Peserta yang boleh memilih dua kaedah penyertaan iaitu :

  1. Menjalani ujian di Makkah Al Mukarramah.

Peserta yang memilih untuk menjalani ujian di Makkah akan pergi ke Makkah pada tarikh yang telah ditetapkan bersama program – program yang lain yang mana dilaksanakan di Makkah.sebagai tambahan peserta juga berpeluang mengikuti program Halaqah AlQuran Masjidil Haram ( Hafazan ).penganjur akan menentukan sesi ujian tersebut yang akan dilaksanakan di dalam Masjidil Haram.

Yuran yang dikenakan mengikut tawaran program Halaqah Al Quran Masjidil Haram.

TEMPOH

program halaqah                                  : 12 HARI 10 MALAM
program halaqah / ijazah ( sanad )    : 27 HARI 25 MALAM

TEMPAT                                 : MAKKAH AL MUKARRAMAH

(untuk maklumat lengkap sila berurusan dengan pihak pengurusan )

IMG-20170420-WA0002

IMG-20170701-WA0002[1]IMG-20170504-WA0000[1]

  1. Di Malaysia ( Dalam Talian )

Peserta yang memilih menjalani sesi ujian di Malaysia ,sesi ujian akan dilaksanakan dalam talian ( online ).penganjur akan menentukan dimana lokasi sesi ujian akan dijalankan dimana surat makluman akan diserahkan.segala kelengkapan sesi ujian akan diuruskan oleh penganjur.

Peserta yang berjaya akan dianugerahkan Sijil Tahfiz Al Quran Masjidil Haram.

Fee pengurusan : RM450.00 sahaja.

yuran termasuk :

  1. Pengurusan & Sesi Ujian.

  2. Seminar ( akan dilaksanakan semasa majlis penyerahan sijil )

  3. Majlis Penyerahan Sijil .( semua peserta )

  4. Urusetia.


IMG-20170809-WA0009 IMG-20170809-WA0010

IMG-20170504-WA0000

BERITA GEMBIRA BUAT HAFIZ AL QURAN

IMG-20170504-WA0000[1]

Buat para hafiz Al Quran tanah air yang berhajat untuk menyertai program Syahadah Tahfiz Al Quran Masjidil Haram.Al Fikrah Group menawarkan yuran Istimewa untuk sesi 1439H/2018M.

40 peserta terawal berpeluang mendapatkan tajaan yang telah disumbangkan dari beberapa penaja sebanyak rm300.

SYAHADAH TAHFIZ AL QURAN MASJIDIL HARAM

Sijil yang dikeluarkan oleh pihak Masjidil Haram bagi mengiktiraf para huffaz di seluruh dunia.Satu institusi yang dikenali diseluruh dunia telah mengiktiraf hafazan anak tahfiz Malaysia dan dunia.

KEISTIMEWAAN SIJIL

  • DIKELUARKAN OLEH MASJIDIL HARAM.
  • SIJIL SOKONGAN PERMOHONAN MELANJUTKAN PELAJARAN.
  • DIKENALI DI SELURUH DUNIA.
  • PENGIKTIRAFAN DARI BADAN ANTARABANGSA.( ARAB SAUDI )
  • SOKONGAN MEMOHON PEKERJAAN DIDALAM DAN LUAR NEGARA.

TAWARAN ISTIMEWA INI BAGI PESERTA YANG BERHUBUNG TERUS KE HQ.

JANGAN LEPASKAN PELUANG!!!!IMG-20170504-WA0000[1]

IMG-20161130-WA0033 (2)

40 Hari Bersamamu Di Tanah Suci bhgn-1

saya kalau boleh lagi lama lagi bagus ” begitulah ungkapan salah seorang peserta Program Al Haramain Assyarifain – Halaqah Al Quran Masjidil Haram bagi segmen b ( 29 hari 27malam – sekarang di tukar kepada 27 hari).Sudah tentu ramai yang berhajat untuk tinggal lebih lama di Makkah tapi kita harus akur dengan peraturan yang telah ditetapkan.sebagai pilihan untuk memberi impak yang optimum maka pilihan hari yang lebih lama menggunakan kemudahan visa yang sedia ada diberikan khusus untuk peserta Al Quran Masjidil Haram.Ini akan membolehkan peserta membaca dengan lebih banyak dan hasil bacaan yang lebih maksima kerana lebih lama menuntut ilmu ilmu bacaan al Quran dengan sheikh.Menjadi impian kami sekiranya pihak berkenaan memberikan visa khas untuk peserta – peserta program paling tinggi mungkin 2 bulan atau 3 bulan.

Lima orang jejaka pilihan untuk bertamu di Tanah Suci mengikuti halaqah al Quran Masjidil Haram ,maka berangkatlah seorang pesara guru,ustaz dan tiga orang anak remaja yang merupakan sahabat karib dan punya pertalian saudara..keterujaan terpancar diwajah setiap individu ini.

Satu kombinasi yang baik dan terpilih kerana mempunyai seorang ayah ,abang ,adik dan anak-anak.satu tarikh yang menjadi catatan sejarah bagi setiap individu kerana bagi cikgu pencen ke mekah adalah satu acara wajib setiap tahun,tapi kali ini berbeza kerana tempohnya agak lama dan niatnya yang sekian lama disimpan untuk belajar dan tilawah al Quran di Masjidil Haram termaqbul.perkara lain seolah olah difikirkan sangat oleh cikgu kerana fokusnya hanya Al Quran..ye Al Quran.persoalan lain tidak terpancul keluar dari mulut beliau.beliau seorang yang tenang dan tersusun.amat ketara perbandingan dengan peserta lain.kalau boleh dikatakan di sini wajarlah dalam kumpulan ini beliau menjadi contoh dan ayah…( bersambung )IMG-20161204-WA0050 IMG-20161204-WA0070

IMG-20161204-WA0048

IMG-20161103-WA0010 (2)

syukur wa takdir

Sijil Penghargaan

Alhamdulillah..

Ketua Pegawai Eksekutif Alfikrah telah menerima Sijil Penghargaan dari Pihak Pentadbiran Hal Ehwal Masjidil Haram Dan Masjid Nabawi,secara langsung sebagai penganjur dan penyelia Program Alharamain Assyarifain .

Program yang dibangunkan dari sudut penyelarasan dan penyesuaian mengikut kesusaian dari pelbagai pihak yang telah memasuki tahun ke 4.banyak yang dilalui suka dan duka pahit dan manis sudah tentu menuntut kepada masa untuk mendapatkan hasil yang terbaik.apapun Al fikrah tetap konsisten dengan kepercayaan yang telah diberi dan akan tetap dengan apa yang digariskan walaupun banyak rintangan dan dugaan yang mendatang.

Pihak Alfikrah merakamkan jutaan terima kasih dan penghargaan kepada Pihak Pentadbiran Hal Ehwal Masjidil Haram Dan Masjid Nabawi.semoga usaha murni yang telah dilaksanakan dapat memberi manfaat kepada umat Islam keseluruhannya.

 

TERIMA KASIH TIDAK TERHINGGA KEPADA PIHAK PENTADBIRAN HAL EHWAL MASJIDIL HARAM DAN MASJID NABAWI

SIJIL PENGHARGAAN BI

*Perkongsian*Ilmu *Kerjasama *Ukhwah *Keyakinan *Kepelbagaian (kreatif) *Dinamik