Blog

flag-pins-indonesia-monaco

Program AlHaramain Assyarifain Ke Indonesia

20161012_1647431

Bersyukur kehadrat Ilahi kerana telah melancarkan segala usaha dan perancangan.AlFikrah telah menjalinkan kerjasama bersama rakan usahasama dari Indonesia.Yayasan Fajar Hidayah adalah sebuah entiti pendidikan persendirian yang besar yang ditubuhkan sejak 1999 lagi.Mempunyai 3 cawangan di Jakarta dan 2 lagi cawangan yang terletak di Padang dan Acheh.

mengikut kajian rambang yang dijalankan rata – rata entiti pendidikan sekolah -sekolah,kelas alQuran ,pesantren – pesantren dan Maahad Tahfiz berminat dengan program ini.segala urusan penyertaan di Indonesia akan diuruskan oleh pihak Yayasan.

Alfikrah yang membawa visi untuk membantu mereka yang ingin mendalami Al Quran dan mempelajarinya di Bumi Al Haramain ( Makkah dan Madinah ) amat berbesar hati dengan jalinan ini.

Ceo Alfikrah dalam rangka lawatannya ke Indonesia 11 – 15 oktober 2016 memaklumkan bahawa rakan usahasama amat senang hati menerima program ini malah mereka pun menunggu pihak – pihak yang boleh menganjurkan program sebegini.beliau juga berharap sama – sama besyukur kehadrat Ilahi atas kurniaan ini dan berterima kasih kepada pihak Masjidil Haram.pihaknya juga sentiasa akan memberi kerjasama untuk manfaat bersama dan yang utamanya perkembangan alQuran dan asSunnah.

Terima kasih kepada Pak Mirdas dan Ibu Draga serta en Fadzil yang telah membantu usaha ini.semoga hubungan yang terjalin mendapat keberkatan dariNya

Usaha yang tidak seberapa ini diharapkan mendapat ganjaran yang besar di sisi Allah subhanahu wa taala.

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*Perkongsian*Ilmu *Kerjasama *Ukhwah *Keyakinan *Kepelbagaian (kreatif) *Dinamik