Blog

5 Pelajar Ditaja

 

 

 

 

20160608_144407

Al fikrah Group mengucapkan ribuan terima kasih kepada Kerajaan Negeri Kelantan khususnya kepada Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan, Belia dan Sukan YB Dato’ Haji Abdul Fattah Bin Mahmood yang telah memberi sokongan padu terhadap Program Ijazah Sanad Al Quran Masjidil Haram Makkah Al Mukarramah.

Dengan kerjasama erat Majlis Perbandaran Kota Bharu Bandar Raya Islam maka seramai lima orang pelajar telah terpilih mengikuti program ini.pelajar ini akan ditaja penuh oleh Kerajaan Negeri Kelantan dan Majlis Perbandaran Kota Bharu Bandar Raya Islam.

atas inisiatif Alfikrah Group peserta telah memperdengarkan hafazan dengan¬†sheikh ( tasmi’)¬†melalui skype secara langsung.Namun hanya dilaksanakan pada bulan ramadhan sahaja yang dilaksanakan bersempena Program Madinah Ramadhan MPKB BRI di setiap penganjurannya.

peserta ini akan menghabiskan dalam tempoh sebulan dan pada bulan Disember mereka akan pergi ke Tanah Suci bagi menerima Ijazah Sanad masing di dalam satu majlis dan akan disampaikan oleh Imam Masjidil Haram sendiri.

Alfikrah mengharapkan lebih ramai lagi pihak – pihak yang sudi membantu pelajar Tahfiz yang cemerlang dengan memberi penajaan atau sumbangan supaya lebih ramai lagi pelajar Tahfiz berpeluang mengikuti program sebegini untuk meningkatkan lagi kemahiran mereka dalam bidang Al Quran.Sesungguhnya setiap huruf yang dibaca oleh peserta ganjarannya akan dapat juga kepada penyumbang dan lebih besar lagi akan digandakan dengan seratus ribu kali ganda pahala kerana amalan yang dilakukan di Tanah Suci Makkah.

Al Fikrah juga mengalu alukan penyertaan dari mana Kerajaan negeri , agensi – agensi kerajaan , badan korporat dan semua organisasi untuk memertabatkan Al Quran.

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*Perkongsian*Ilmu *Kerjasama *Ukhwah *Keyakinan *Kepelbagaian (kreatif) *Dinamik